Monday, October 9

All We Need is a Cup of Coffee


 A group of alumni, highly established in their careers, got together to visit their old university professor. Conversation soon turned into complaints about stress in work and life.

Offering his guests coffee, the professor went to the kitchen and returned with a large pot of coffee and an assortment of cups - porcelain, plastic, glass, crystal, some plain looking, some expensive, some exquisite - telling them to help themselves to the coffee.

When all the students had a cup of coffee in hand, the professor said:

"If you noticed, all the nice looking expensive cups were taken up, leaving behind the plain and cheap ones. While it is normal for you to want only the best for yourselves, that is the source of your problems and stress.

Be assured that the cup itself adds no quality to the coffee. In most cases it is just more expensive and in some cases even hides what we drink.

What all of you really wanted was coffee, not the cup, but you consciously went for the best cups... And then you began eyeing each other's cups.

Now consider this: Life is the coffee; the jobs, money and position in society are the cups. They are just tools to hold and contain Life, and the type of cup we have does not define, nor change the quality of Life we live.

Sometimes, by concentrating only on the cup, we fail to enjoy the coffee God has provided us."

God brews the coffee, not the cups.......... Enjoy your coffee!

"The happiest people don't have the best of everything. They just make the best of everything."


Live simply. Love generously. Care deeply. Speak kindly. Leave the rest to God.





Monday, July 31

Kenapa Orang Kita Suka Mencarut?


Hari tu jalan – jalan kat UIA tengok bazaar saya terdengar seorang budak perempuan yang berpakaian pelik mencarut sebab terlanggar satu benda. Mencarut dalam Bahasa Inggeris pula tu. Benda yang dia sebut tu teruk juga lah, banyak pulak tu. Dia sebut “sh**, f**k”. Dan lepas benda tu keluar, kawan dia pula puji, “hah, ambik kau, semua terkeluar”. Yelah, mungkin perempuan yang mencarut tu bangga lah sebab ada orang beri respon bila dia mencarut dan dia tahu orang dengar dia mencarut tadi. Dah la pakai pelik, memang nampaknya perempuan tu suka menjadi bahan perhatian orang.


Saya kali ini nak cerita penyebab orang kita suka mengeluarkan kata –kata kesat. Kenapa orang kita suka mencarut? Pada perhatian saya: -


Tiru orang Barat

Orang kita suka tonton cerita macam Fast and Furious, Tropic Thunder, Epic Movie, Superhero Movie apa semua tu, kan? Dalam ceritu macam kan banyak benda yang pelakon dia carut. Jadi kita ni ingat benda tu ‘trend’ la. Dan dari cerita macam nil ah kita belajar bahasa – bahasa carut tu. Orang kita kan suka mencarut dalam BI?


Nampak bergaya

Bagi sesetengah orang yang suka mengeluarkan kata - kata kesat dalam BI ni, diaorang anggap benda ni bergaya. Kenapa bergaya? Bergaya lah sebab mencarut pun guna Bahasa Inggeris kan. Diaorang pun ada juga rasa macam show off bila mencarut. Bagi diaorang, benda ni buat diaorang nampak educated, sebab diaorang tahu mencarut dalam Bahasa Inggeris.


Dah biasa

Kadang – kadang, orang kita mencarut sebab dah terbiasa. Dia sebut “WTF” tu sebagai satu ekspresi. Mungkin “WTF” tu macam “Apa kes?!” lah kot. Bagi saya ini tak lah berat sangat. Boleh dimaafkan. Kadang – kadang, dalam status FB pun dia tulis ja “WTF”, tapi dia tak betul – betul maksudkan begitu. Ia lebih baik jika kita tak menzahirkan benda tu. Dosa tu dosa lah jugak, tapi tak dosa besar macam kita keluarkannya dengan jelas. Saya tak sokong mana – mana, cuma bagi saya ini tak berat sangat.


Sebenarnya bila kita mencarut kita selalu tak sedar apa orang fikir tentang kita lepas tu kan. Dah sebut “sh** f**k d**k” tu orang akan nilai kita macam – macam. Selalunya benda – benda yang buruk lah. Orang kata kita bodoh, kita berlagak dan mungkin juga orang kata kita jahil mak bapak tak ajar. Maafkan saya jika benda ni kurang menyenangkan. Dulu saya pun suka mencarut. Masa tu saya ingat mencarut dalam BI ni stailo habis. Tapi sebenarnya, perkara tu buat kita nampak bodoh. Sumpah tak tipu! Orang pandang kita macam tu!


Tapi bagi kes “dah terbiasa guna carut tu sebagai satu ekspresi” lain sikit. Kadang – kadang orang tu dah terbiasa, nak buat macam mana. Dia tak ada niat nak show off atau nak tunjuk bergaya. Cuma dia dah terbiasa. Kadang – kadang, dia melatah pun sebut “WTF”, marah pun sebut, sedih pun sebut, terkejut pun dia sebut. Nak buat macam mana kan? Tapi kalau boleh kurangkan lah. Lebih baik sebut “Masha Allah” atau “Astagfirullah”.


Mesej saya untuk entri ini adalah, jangan amal mencarut dalam perbualan harian kita okey. Tak guna kita mencarut. Semua ni buat kita dapat dosa kering ja. Tak pasal – pasal dapat dosa. Memang nampak remeh tapi bila buat banyak kali kan dah bertimbun titik hitam dalam hati? Rugilah. Tak payah lah mencarut. Mencarut tu buat kita nampak macam tak bertamadun. Kita ada bahasa yang lagi indah kenapa nak guna bahasa yang buruk tu? Mak ayah kan tak ajar kita mencarut?


Okey. Sebelum saya akhiri entri ini, saya nak minta maaf kalau saya buat pembaca terguris. Saya hanya nak berkongsi rasa dan pendapat dengan harapan sedekah jariah saya ini diterima serta diamal. Insya ALLAH.

Sunday, July 16

Misteri Kafe

     Selalu  kita  dengar  cerita-cerita  orang  diganggu  oleh  bunyi-bunyian  aneh  yang  dilakukan oleh makluk-makhluk  ghaib.  Cerita  rumah  lama  bunyi  macam  ada  orang  tapi  sebenarnya takdelah… cerita  dengar  bunyi  tapak  kaki  tapi  takde  oranglah…  bunyi  orang  ghaib  nyanyi karaokelah… macam-macam!

     Dari  aku  kecik  aku  pun  selalu  dimomokkan  dengan  cerita-cerita  macam  ni especially  dari majalah  misteri  (dan  kini  jadi  majalah  sembang  gebang) – Mastika.  Tapi,  aku tak  pernah  pula sangka  aku  berpeluang  melalui  pengalaman  yang  sama.  Peristiwa  ni  takdelah seram  mana pasal ia  berlaku  pada  waktu  siang  tapi  kalau  difikir-fikirkan  balik,  meremang juga  bulu  roma. Cerita berlaku  pada  tahun  2001  kalau  tak  silap  aku.

     Masa  tu  aku  sekolah rendah  lagi  darjah  5  Harapan  di  sebuah  sekolah  kampung  di  Johor. Hari tu  hari  Sabtu,  ada kokurikulum.  Selepas  ko-k  tamat,  aku  kena  stay  kat  kafe  pasal  ada tusyen B.M  dengan seorang  cikgu.  Memandangkan  murid  yang  datang  tusyen  tu  pun  tak  ramai (dalam  lebih kurang  6  orang),  makanya  pembelajaran  hari  tu  pun  dibuat  di  kafe  sekolah. Turut serta  2 orang  member  aku  yang  menyebok  stay  kat  kafe  lepas  ko-k  tu  pasal  tak  nak balik rumah lagi.  Jam  masa  tu  dah  lebih  kurang  1p.m.  Cikgu  pun  bagilah  kitorang  satu latihan objektif dan  tinggalkan  kitorang  sekejap  untuk  ke  bilik  guru.  Masing-masing  pun  tekunlah buat dan kawan  aku  2  orang  yang  tak  terlibat  dengan  tusyen  ni  tadi  sibuk  menimbang  bola  takraw kat kafe  tu  juga.

     So,  lepas  habis  je  latihan  tu  aku  buat;  aku  pun  joinlah  diorang  sekali sementara  menunggu cikgu  datang.  Kitorang  rentangkan  bangku  kafe  sebagai  net  konon-kononnya.  Budak perempuan  yang  lain  pun  dah  siap  kerja  agaknya  dan  berborak  sesama sendiri.

     Sedang  asyik  masing-masing  dengan  hal  masing-masing,  tiba-tiba  kami  semua  terhenti dan terdiam  disebabkan  kedengaran  satu  bunyi  yang  sangat  kuat.  SREEETTT~~~  bunyi seperti sesuatu  benda  besi  yang  amat  berat  diseret.  Pada  mulanya   kami  buat  tak  endah  lah. Kemudian  berbunyi  lagi,  kali  ni  lebih  panjang  dari  tadi  macam  semakin  jauh  jaraknya. Masing-masing  terdiam  dan  berpandangan  sesama  sendiri.  Kami  mula  bertanya  sesama  sendiri tentang  bunyi  tersebut  dan  dari  arah  mana  dia  datang.

     Kemudian,  bunyi  tu  datang  lagi. Panjang  dan  merenggiut.  Bunyi  besi  berlaga  lantai.  Kami simpulkan  yang  itu  bunyi  tong  gas diseret.  Kami  tambah  hairan.  Setahu  kami,  kami  sahaja yang  ada  disitu  dan  kami  pasti  bunyi tu  datang  dari  kafe  juga  kerana  sebelah  kafe  itu adalah padang  dan  kedudukan  kafe  tu tidak  terlindung  apa-apa  bangunan  yang  boleh diandaikan  bunyi tu  datang  dari  tempat  lain. Tambahan,  bunyi  tong  gas  ditarik  tu  betul-betul dekat!  Macam jaraknya  tak  sampai  5   meter dari  kami.

     Beberapa  detik  kemudian,  bunyi  tu  berhenti.  Aku  dan  kawan-kawan  aku  tadi cubalah menyiasat  dari  mana  arah  bunyi  tu  datang.  Tak  lama  bunyi  tu  kembali  dan  apabila kami amati,  ia  datang  dari  dalam  kawasan  tempat  memasak  kafe  yang  dikunci.  Kami  pun check lah  pintu  belakang  kot-kot  ada  orang  masuk.

     Negatif.

     Dimangga  dari  luar.  Tengok bayang-bayang  ikut  celah  bawah  pintu  pun  macam  takde apa yang bergerak.  Last  sekali, kami mengintai  ikut  lubang  kunci.  Kami  nampak  hanya  ada  2 biji tong gas.  Tapi  tong  gas  tu langsung  tak  bergerak  sedangkan  bunyi  tu  masih  kedengaran. Jelas dan nyata  dari  balik  pintu. Kawan  aku  ada  juga  memanggil-manggil  kot-kot  ada  orang dekat dalam bilik  tu,  langsung tiada   jawapan.  Kami  semua  mulai  seriau.  Tak  lama  bunyi  tu berhenti sendiri sebelum  cikgu kami  datang  dan  terkejut  dengan  cerita  kami.  Apalagi,  dia  pun suruh kami berkemas  dan pulang  sambil  berkata;  “Patutlah  jaga  cakap  kadang-kadang  malam-malam dengar macam  ada orang  makan-makan  kat  kafe  ni.”




Monday, July 10

Sharing Is Caring P1 (Kiriman Pengunjung)

     Salam admin.. Kisah seram di asrama ini berlaku masa aku tingkatan 1.. Aku bersekolah di MRSM Bentong, Pahang…

     Masa tu aku duduk di asrama lelaki.. Biasa la.. Bila dah duduk asrama ni macam-macam cerita seram dan versi pernah aku dengar berkenaan asrama lelaki yang aku duduk ni. Asrama ni ade 4 tingkat dimana dorm aku berada di tingkat atas sekali…


     Kisah seram di asrama aku ni bermula pada suatu malam tu.. Aku dengan rakan-rakan aku hendak tidur.. Masa tu pukul 1 pagi.. Masa nak tidur tu, Aku terdengar ayam hutan berkokok.. Dan tiba² dinding belakang katil aku berbunyi macam dicakar.. Aku buat tak tahu dan berdiam diri sahaja.. Sambil dalam hati membaca ayat kursi.. Selepas itu, tiada apa² yang terjadi dan aku tidur lena sampi esok pagi…


     Petang keesokan harinya tu, aku bertanya pada rakan aku yang duduk sebilik tu samada dia ada dengar bunyi apa² tak malam tadi.. Dan dia kata dia tak dengar apa² dan aku hanya berdiam diri sahaja tapa menceritakan bunyi yang menyeramkan malam semalam.


     Malam kedua selepas kejadian tu.. Kali ini bukan aku seorang sahaja yang alami.. Tapi melibatkan satu dorm di asrama lelaki ni… Dorm kami tiba² elektrik trip… Dalam keadaan gelap tu aku dan rakan² dorm aku terasa macam angin bertiup masuk dalam dorm asrama lelaki tu dengan kuat.. Kami semua berasa pelik.. Dan salah seorang dari rakan aku cuba untuk menaikkan (meng ON) suis utama… Dan elektrik ada kembali.. Selang 2 minit lepas itu, elektrik trip balik..


     Kejadian ini berlaku sebanyak 3 kali pada malam tu.. Selepas kali keempat rakan aku kena tampar dari belakang dan dia mengadu kesakitan.. Kami yang melihat dia tibe² berasa panik… Dan menyangka dia terkene renjatan elektrik… Kami membawa dia keluar dari asrama lelaki tu menuju ke dewan. Di dewan kami mendapati terdapat kesan lembam pada tengkuk kawan yang ditampar dari belakang tadi tu… Kami semua terkejut dan berasa pelik dengan apa yang telah terjadi…


     Aku bersama 3 orang rakan telah mengambil keputusan untuk kembali ke dorm asrama lelaki.. Sampai je kat dalam dorm, aku dengan rakan aku terus lari lintang pukang keluar dari dorm asrama lelaki kerana nampak “benda” tu bertenggek atas kipas… Kami berlari sampai lompat tangga tu.. Seliper pun ade yang sebelah lain sebelah lagi lain.. Sampai di bawah kami semua tercungap² dan memberitahu kejadian itu kepada rakan kami yg duduk di dewan…


     Kami semua sepakat naik kembali ke dorm asrama lelaki tadi dan membaca ayat Kursi serta salah seorang dari kami azan.. Alhamdulillah selepas itu semua nye kembali seperti sedia kala…


     Tapi kisah seram di asrama lelaki ni tak berakhir disitu.. Esok malamnye.. Aku sorang je pulak yang kene… Almari kat sebelah aku tibe² berbunyi dan pintu almari tu terbuka dengan sendirinya.. Aku berasa takut.. Aku berselimut hingga tutup muka…. Aku terasa kaki aku bagaikan ada orang yang tarik.. Aku tak dapat tidur sampai la esok pagi.. Tak berani aku nak tengok makhluk jenis apakah yang tarik kaki aku pada malam tu..


     Selalunya di asrama lelaki aku ni mengadakan solat subuh berjemaah… Aku tidak pergi selama 3 kali …. Aku tak pergi ada sebab… Sebabnye aku tak cukup tidur akibat diganggu oleh “benda” tu… Kejadian yang menimpa aku ni benar² menyeramkan aku…. Sekian….

Sunday, July 2

Kisah Raya (Kiriman Pengunjung)

     Peristiwa  ni  dah  sangat  lama  berlaku  sampai  aku  dah  tak  boleh  ingat  lagi  secara  detail tentang  peristiwa  ni.  Tapi  yang  aku  pasti,  ia  berlaku  pada  bulan  Syawal.  Ya…  hari  raya  pada waktu  malam.  Waktu  tu  aku  masih  kecil  lagi,  mungkin  sekitar  usia  6, 7,  atau  8  tahun.

     Peristiwa  ni  terjadi  sewaktu  aku  beraya  di  rumah  atok  aku  di  Batu  Pahat,  Johor.  Nak dijadikan  cerita,  hari  raya  ketiga  atau  keempat  kot...  Suasana  malamnya  dah  tak  berapa meriah pada  waktu  tu  untuk  bermain  bunga  api  atau  mercun  sebab  stok  bunga  api  &  mercun  yang dibeli  oleh  pakcik-pakcik  aku  dah  habis  seawal  malam  raya  dan  raya  pertama  lagi. Tambahan, waktu  tu  jam  dah  agak  lewat  juga  sekitar  pukul  11 – 12  malam.  Sekitar  peristiwa  ini  berlaku, kampong  atok  aku  masa  tu  takdelah  semaju  sekarang,  lampu  jalan  belum  ada;  jalan  depan rumah  pun  masih  belum  bertar  dan  laman  rumah  masih  belum  direnovate  dan  dipenuhi dengan  pokok  bunga  kertas.

     Berbalik  kepada  cerita  tadi,  aku  dan  beberapa  orang  sepupu  aku  masih  ada  stok  bunga  api yang  kami  baru  dapat  dari  salah  seorang  makcik  kami,  so  dengan  kemaruknya  sebab  tak puas main  bunga   api  lagi;  kami  keluar  juga  curi-curi ke  laman  rumah  malam-malam  tu  untuk main bunga  api  cucuh  kat  pelita  walaupun  orang-orang  dewasa  semua  dah  masuk  dalam  tengok  t.v dan  tidur  ramai-ramai – pintu  tingkap  semua  dah  ditutup.  Bila  dah  habis  main,  mulalah  sesi mengarut  bakar  plastic  sampah,  lidi  bunga  api,  dan  kerengga  kat  luar  rumah.  Biasalah  budak-budak.  Sampailah  seorang  sepupu  aku  yang  berpangkat  kakak  suruh  kami  masuk  dan menakut-nakutkan  kami  dengan  mengunci  pintu  rumah  dari  dalam.  Apalagi,  sepupu  aku semua kelam  kabutlah  takut  punya  pasal  dan  ada  seorang  sepupu  aku  ni  menangis  sebab  kena  kunci dekat  luar.  Kami  pun  beramai-ramailah  tolak  pintu  ke  dalam  agar  terbuka  dan  aku  masa  tu ikut  tolak  juga.  Semua  sepupu  aku  masa  tu  tolak  pintu  bersungguh-sungguh  dari  luar  dengan muka  mengadap  ke  pintu.  Cuma  aku  sorang  je  yang  menolak  dengan  membelakangkan  pintu. So,  badan  aku  menghadap  ke  depan,  ke  jalanraya.  Jalanraya  waktu  tu  gelap  sebab  takde lampu  jalan.  Cuma  bahagian  yang  betul-betul  bertentangan  dengan  pintu  rumah  atok  aku  saja ada  cahaya  dari  lampu  kalimantang  di  atas  pintu  bahagian  luar – betul-betul  atas  kepala  kami yang  sedang  gigih  menolak  pintu  sebab  nak  masuk.

     Dan…  peristiwa  seramnya  berlaku  di  sini:  Sewaktu  sedang  menolak  tu,  betul-betul  aku nampak  ada  satu kelibat,  sebenarnya  bukan  kelibat  lagi;  tapi  betul-betul  nampak  sekujur  tubuh berbalut  putih  yang  orang  sebut-sebut  sebagai  pocong  melintas.  Dia  muncul  dari  dalam  gelap, melompat  selangkah  lebih  kurang  2-3  kaki  jarak  lompatannya;  melalui  kawasan  jalan  raya yang  terkena  curahan  cahaya  lampu  depan  pintu,  dan  kemudian  hilang  dalam  gelap  semula. Aku  apa  lagi,  terus  menjerit  lah  time  tu;  “Pocong!  Pocong!”  Tak  lama  baru  sepupu  aku  yang mengunci  kami  dari  dalam  buka  pintu.  Lepas  masuk,  aku  terkedu  teruslah  cuba  ingat-ingat balik  apa  benda  yang  aku  nampak  tadi  tu  kan…

     Seumur  hidup  aku  masa  tu,  aku  memang  tak  pernah  nampak  orang  dikafankan  ataupun pocong.  Aku  tahu  tu  pocong  pun  pasal  dengar  orang-orang  tua  berceita  pasal  fizikal  hantu pocong  sebelum  peristiwa  tu.  Yang  lagi  angkernya,  aku  sorang  je  nampak  pasal  semua sepupu aku  sibuk  menolak  pintu.  Nak  tahu  macam  mana  rupa  pocong?  Well…  mungkin  korang pernah  dengar  orang  bercerita,  tapi  ni  aku  bagitau  macam  mana  rupa  fizikalnya  hantu  pocong yang  aku  nampak  tu :  Dikapan  macam  orang  Islam  yang  telah  meninggal  dunia.  Diikat  kat kaki,  pinggang  dan  atas  kepala.  Mukanya  tak  nampak  dan  turut  ditutup  dengan  kain  kapan. Kainnya  putih  bersih  dan  fizikalnya  tak  lah  sebesar  mana  seperti  kebanyakan  lelaki  terutama pada  bahagian  bahu – bahunya  tak  lebar.

     Namun  apa  yang  aku  deskripsikan  ini  adalah  berdasarkan  pengalaman  lampau  dan  mungkin telah  dibayangi  imaginasi.  Siapalah  yang  akan  percaya  dengan  cakap  budak  7 – 8 tahun  kan?

Saturday, July 1

Soft Spoken Whisperer

Well, after a month of Ramadhan had passed, here is a story that a friend of mine told me.
  
   This is a story I do not often tell. I promise, sincerely, that this has scarred me for life and although I have looked into psychological explanations for what I heard and natural explanations for what occurred, they remain unsatisfactory.
   
     When I was a child, I was scared of the dark. I swore to my mother I heard voices in it. They were not evil, but they were not familiar and so they scared me. It was not uncommon in the middle of the night for me to wake up and hear “whispers” as I would call them when asking my mom. She figured they were just “bumps in the night” and typical kids nightmare material. I tried often to explain to her that it was more than that; that they sounded different from one another the way people’s voices do. On some nights I would get so scared from these “whispers” that I would sleep in my mom’s bed with her. It was an added bonus that the bathroom was directly outside of her bedroom door for my late-night tinkles.

     I should add at this point that when walking out into the hall to go to the bathroom, you looked directly down the stairs that would lead you into my living room on the first floor (as my mom’s bedroom was on the second floor). On one such night, around Christmas, I awoke and felt the need to relieve myself. I walked out from the door and distinctly heard the phrase “Look!” and to my astonishment, a red light, almost like a spotlight, was cast upon the wall at the very bottom of the stairs. The light had no other source, it was by itself, and I was transfixed by it.

     Being a little kid, and it only being a few days from Christmas, I KNEW what this light was. IT WAS SANTA!!! How else could he get into my house to know I was being a good boy? I was so excited I began walking down the stairs to greet him, picking up my pace after the second step as it began to creep off the wall and fade into the darkness in my living room.

     That’s when I heard him. A very strong, masculine voice. Different from the first. Not at all like my father’s (not to say he isn’t masculine, it was just distinctly different). It said, “Stop! Right now. Go back up those stairs.” I listened, turned around, and what happened next I am not sure I would believe if someone had told me this same story. After reaching the top of the stairs, I heard a very loud CRASH that sent me running back to my mother’s bed where I jumped straight under the covers and stayed there the whole night.

     When we awoke the next morning, the poinsettia lights (little Christmas flower lights that glowed red) my mother had put on the railing down the stairs were pulled straight down to the bottom of the stairs, some broken from what seemed like a forceful tear, laying in a single pile. The dry sink in my living room had fallen from the wall. My mother could not explain it! My father was worried we had been the victims of a home invasion. My sister was crying. There was nothing missing, nobody had broken in, there did not seem to be any reason this had happened. And then I saw it, and I kept quiet about it because I was so afraid that I could not force words out of my mouth.

     There, on the edge of the wooden dry sink which had been facing up, were three indentations where the finish on the wood had been worn, almost as if in a forceful grip. Something down there had GRABBED IT AND THREW IT DOWN. That was what the bang was.

     I was mortified. After that day I never heard a single voice again. I do not like to imagine what was waiting downstairs for me that night, if it was anything at all, but I can tell you that the reality was that something had physically acted upon two things in my house near the bottom of that stairwell.

     After this, I had never heard another whisper again. Which is sad, because in some ways I would have liked to thank the man (masculine energy?) that had stopped me from going down those stairs. This happened when I was 7. I am 22 years old now, and because of this incident I am still afraid of the dark. ESPECIALLY shadowy stairwells.


Saturday, April 29

Another Skin Walker

My Dad kinda had a similar occurence, I told this a few days ago.

     This was the early 20s, and my Sister lived in Bintulu. One day she decided to come down and see some old friends and visited with our parents (I wasn’t born yet) who live in a rural area (All farm country and forest). She stayed late and left around 9 pm (This was late fall, so it was nearly pitch black) but about 8 miles into the drive back to town, the car she borrowed broke down. Luckily, she broke down in front of a house.

     They let her use their phone to call Dad to come pick her up. After he came down, the people let her park the car in the driveway until the next day. It was about 10 pm when they started driving back to my parents (She decided to just stay the night after this), they went through a wooded area. Trees as far as the eye can see on both sides, when suddenly they hear this INCREDIBLY FUCKING LOUD inhuman scream, that was louder than the car, even louder than the fucking radio.

      Dad slammed on the brakes and they were like “WHAT THE FUCK WAS THAT!?” when suddenly something appeared on the side of the road, it was a fucking dog. Only it was about 6 fucking feet tall, and walking upright on its hind legs. It crossed in front of the car and went to the other side of the road and then that same scream happened again, only 10x louder than before, Dad slammed on the accelerator and got the FUCK out of there.

      He only told me this once, but the look on his face when he told me it, and knowing the kind of guy he is… I believe him.


Sunday, March 26

Omg. That is just horrible! No sleep for me tonight. (Skin Walker)

I know that it's assignment week for me, but here is a story for you!!


      I have a couple stories, one from my mother and one from me. My mother's is probably the most creepiest and has always stuck with me. Especially with all the paranormal stuff she has seen.
My mom worked night shift at the hospital in Bau, in a town by the border, and go figure. Old mining town. Well anyways, she's working her night shift going room to room when an old lady who walked the halls due to insomnia told her some weird goatman kept trying to get in through the doors. My mom didn't think anything of it, but she is religious and had those moments of silently praying to herself.

     After a few moments, there was a shriek, she couldn't explain it, but that it was a horrible shriek that made your blood turn to ice. She than went to the nurses station to ask if anyone else heard that, in which they did. Come to realize that shriek was heard all around the hospital. Freaking everyone out, especially paranormal religious ladies and men. A few of them go to look out the Windows and see hoof marks by the doors and windows, and the marks had no trail towards or away from the building.

     My story was pretty creepy. I too became a CNA, and worked a locked down dementia and Alzheimer unit at night. I've had creepy moments. But this one will always stick with me.

     I was finishing up my binders when a light goes off out of the hall, so I took it, punched my code in and went out since the other CNA was busy with someone else. I go in, ask if everything is ok. Sleepily my little lady tells me there's a darn women who keeps knocking on her window wanting to come in, and that she really wants to go back to sleep. She insists I go and let her in, and I'm thinking to myself, Ohhh No, this sounds all too familiar... I reassure her, peek out the window, nothing. Maybe she was dreaming, and really tired and mistook it as her room mate.

     After that incident I head back into my unit. Sit, eat a snack, chat with my head nurse, talk with my usual insomniacs, mind you it's around 3ish am now. Light goes off, and in my unit. Also, this unit has no outbound lines at all. I head down to her hall, and ask if all is ok. My lady says she can't sleep, someone keeps banging on her window and she is scared. I pretty much about crapped myself at this point. I again reassure my lady thinking, what just happened. I tell my nurse and she laughs and said, this has been happening for years. Great.



Saturday, March 18

Dah ingat ke dah tahu....????

Kisah ni berlaku pada sebuah IPG di kawasan pantai timur. Ceritanya macam ni:

Kat asrama pompuan, ada la sorang budak pompuan ni yang rajin study sampai memalam buta kat bilik aktiviti. Satu malam tu dia tak sedar yang dia dah tinggal sorang kat bilik tu. 

Dia pun study la dengan khusyuknya. Sampai satu part dia tak paham, dia nak tanya la kat 'member' dia yang kat sebelah tu. Dia tak sedar lagi benda tu bukan orang. Masa dia nak tanya tu matanya terpandang kat bawah meja budak ni, dia perasan 'member' tu takde kaki.

Lepas tu dia kata "Takpe la, dah ingat camna nak buat." Lebih kurang camtu la dia
cakap sambil berkira-kira nak blah secepat mungkin. Yang mencuakkan bila si 'member' tu pulak tiba-tiba tanya "Dah ingat ke dah tahu....????" Maksudnya dah tahu ke yang dia tu hantu. Budak ni terus lari balik bilik dia.

Bila dia cerita kat senior, ada yang cerita dulu ada sorang budak pompuan ni yang mati bunuh diri sebab tension belajar masa nak exam sem 8 dulu. Mungkin tu la hantu dia yang still study tak abih-abih. Lepas tu budak ni pun dah tak study sampai lewat malam lagi. Takoot siott! Korang caya tak? Kalau tak caya terpulanglah.




Sekadar Hiasan. Mungkin ada kaitan???

Tuesday, March 14

Bilik No 5

Masa orientasi kat sekolah, kitorang macam ada briefing kat musolla blok B tingkat 1. Lepak-lepak kat koridor pastu terpandang la ada satu bilik di blok A tingkat 3 yang tertutup. Bilik nombor 5. Ada sorang budak tu kata, bilik tu memang dah ditutup since 80’s lagi sebab bilik tu dah ada ‘penghuni tetap’.

Aku tengok tembok koridor depan bilik tu kosong. Bilik sebelah-sebelah dan lain-lain penuh dengan kasut sekolah yang dijemur.

Ceritanya, sesiapa yang jemur kasut termasuk sikit je kawasan depan bilik tu, esoknya kasut tu akan ada kat atas bumbung kolah mandi yang terletak di tengah-tengah antara dua blok. Patutlah banyak kasut buruk atas bumbung kolah tu.

Nak dijadikan cerita, ada seorang budak ni nama dia Sally, dia duduk di asrama blok C. Satu hari dia lalu kat dewan makan time petang macam tu. Pastu ada ibu bapa macam tengah tunggu anak dia kat dewan makan tu. Normally ada orang kat konti radio asrama kat bawah tu akan buat announcement panggil pelajar kalau mak bapak diorang datang.

Tapi petang tu takde orang, so parents tu mintak tolong Sally panggilkan anak diorang bernama Nurul di bilik A:2:5, betul-betul bawah bilik yang ditutup tu. So Sally pun gigih la berlari naik tangga. Tangga blok A ni pula terletak in between bilik 5 dan 6. Entah macam mana Sally terlajak naik sampai tingkat 3 terus menuju ke bilik sebelah tangga, A:3:5.

Tapi yang seramnya, pintu bilik tu terbukak, pastu dia nampak budak-budak perempuan kat dalam tu semua berkemban tengah sikat-sikat rambut. Dia yang tak fikir apa-apa terus bertanya,

“Assalamualaikum, Nurul siapa? Parents dia tengah tunggu kat bawah.”

Semua pandang, *then ade sorang jawab “Awak salah bilik, dia bilik bawah.”

Sally jawab “Ohh yeke?? Sorry2..time kasih.”

Terus dia turun ke bilik bawah dan panggil budak yang sebenar turun. Bila dia balik ke bilik, dia gelak-gelak cerita pengalaman yang memalukan, tersalah bilik kat kakak-kakak bilik dia. Bila dia sebut bilik atas iaitu A:3:5, kakak-kakak bilik dia terkejut. Kakak-kakak bilik dia cakap bilik tu kosong dan dah bertahun-tahun tutup. Menangis-nangis Sally bila tau cerita pasal bilik tingkat 3 tu. Patutlah dia kata semua sikat rambut, rambut pula panjang-panjang tak perasan paras mana.

Malam tu juga dia suruh mak bapak dia ambik. Tak lama lepas tu terus keluar dari asrama. Pergi sekolah ulang alik je. Lepas tu je, kecoh satu sekolah. Padahal benda tu tak kacau orang luar pun. Kecuali kalau lalu depan bilik dia or dalam bilik. Tu pasal berkunci.

Dikatakan puncanya disebabkan budak-budak bilik tu dulu gatal pergi main spirit-spirit yang melampau, then benda tu terus tak nak balik. Katil-katil digegar, ditarik dan macam-macam lagi. Panggil ustaz azankan depan pintu, tapi orang-orang yang ada masa tu langsung tak dengar ustaz tu. Entah macam mana punya deal, pihak sekolah setuju bilik tu dikunci dan just let them stay inside daripada menganggu kat luar. Huuu seram!

Lokasi, sebuah sekolah agama yang agak popular di Kuching. Sally dan Nurul bukan nama sebenar.



Dipetik dari debatmalaysia.com.

Friday, March 3

Putih Putih Melati???




Kalau nak tau, Melati ni la sejak dahulu hinggalah sekarang masih lagi menjadi penghuni tetap d kawasan asrama UiTM Sabah. Sebut sahaja Melati, rata-rata penghuni asrama UiTM Sabah tau sapa Melati.

Menurut senior-senior yang terdahulu, Melati ni merupakan roh pelajar perempuan yang telah membunuh diri dengan menggantung diri. Tapi ada juga yang cakap, Melati memotong urat nadi ditangannya dan bersembunyi di dalam almari agar tidak diketahui oleh sesiapapun. Bermacam-macam versi diceritakan tentang cara Melati membunuh diri. Tapi realitinya, dia tetap mati dan menjadi roh yang menggangu setiap pelajar di asrama tersebut.

Selalunya..’dia’ ini akan mengacau bila tibanya dekat time exam. Dulu, pelajar perempuan pernah tinggal di blok B dan C. Tapi sejak peristiwa histeria yg berlaku berulang kali, semua pelajar perempuan dipindahkan ke blok D, E dan F dan lelaki pula ke blok B dan C.

Lepas tu, setiap tandas di blok B dan C tidak mempunyai cermin kerana telah dicabut oleh pihak asrama. Menurut mereka, ada pelajar lelaki ternampak bayangan perempuan melalui cermin tandas. Setelah diperiksa berulang kali, mereka tidak menemui seorang perempuan pun. So kita cuma akan nampak Melati melalui cermin. (ada cermin atau tiada cermin..’dia’ tetap ada disitu)

Ada juga pelajar yang ditampar dan ada pula katil bergegar seolah olah ada orang sedang melompat diatas katil.








Dipetik dari www.pru14.tv.

Tuesday, February 21

Gangguan Di Dusun Durian

     Ada sebuah dusun durian yang dikongsikan oleh beberapa buah rumah panjang, yang dipanggil ‘dusun kongsi’ (merupakan dusun yang dahulunya ditanam oleh datuk nenek moyang dan tidak diketahui pemilik sahih, oleh itu ianya diisytiharkan perkongsian beberapa keluarga yang berasal dari keturunan yang sama). Dusun itu terletak betul-betul di kaki Bukit Begunan. Sejarah Bukit Begunan memang cukup dikenali oleh penduduk Sri Aman khasnya, kerana setiap tahun, akan ada terjadinya kemalangan yang meragut nyawa manusia. Dikatakan kawasan itu menuntut darah manusia setiap tahun. 

      Kebetulan pada masa cerita ini berlaku, waktu itu tengah musim durian. Jadi, saya dan beberapa penduduk kampung yang lain, lebih kurang enam orang kesemuanya, bersiap-sedia untuk bermalam di dusun tersebut untuk memungut buah durian yang sudah masak untuk dijual. Di sini, kalau musim durian, memang laku. Kadang-kadang dapat keuntungan hingga ratusan ringgit sehari. Kami berenam, empat daripada kami agak muda, ditemani oleh dua orang lelaki yang agak berusia, setelah sampai di dusun tersebut, mula membersihkan ‘langkau’ (pondok) yang memang telah lama berada di situ. Kami mula membersihkan ‘langkau’ tersebut yang akan dijadikan tempat kami bermalam. Masing-masing mula menjalankan tugas sendiri. Ada yang mencari kayu api, ada yang menyediakan tempat memasak, ada juga yang sudah mula mencari buah durian yang sudah jatuh. 

     Keseraman bermula apabila malam menjelma. Bayangkan kawasan hutan, yang jauh dari segala hiruk-pikuk, tiada bunyi kereta, tiada lampu jalan, hanya ditemani unggas dan juga cengkerik dan segala jenis bunyi di malam hari. Kami berterusan bercerita antara satu sama lain. Seorang lelaki yang agak berumur, saya panggil dia Pak Jubang (bukan nama sebenar), tidak menyertai perbualan kami. Dia hanya berbaring di satu sudut, berbantalkan lengan. Sikap azali beliau memang begitu, tidak berapa campur dengan budak-budak muda, mungkin kerana usianya yang agak tua sedikit. Sedang kami berlima tengah rancak berbual, tiba-tiba kami terdengar bunyi semak seperti digoncang, seolah-olah seperti ada sesuatu yang sedang bergerak. Kami terdiam, ingin mengetahui apakah benda tersebut. Kemudian terdengar lagi bunyi seperti orang sedang berjalan, seperti menyeret kaki di sekitar ‘langkau’ kami. Bunyinya begitu nyata sekali kerana di kawasan‘langkau’ tersebut dipenuhi dengan daun-daun yang kering. 

Skreeeeeepppp skkreeeeeettttt skkreeeeeeeppp”, agak-agak begitulah bunyinya. 

      ‘Langkau’ kami, diperbuat daripada kayu, berdindingkan dan beratapkan daun nipah, hanya berlantaikan kayu. Lampu kami pada malam itu hanya lampu minyak tanah. Kedengaran lagi bunyi kaki diseret dan kali ini ditambah pula seperti seolah-olah ada benda meletakkan tangannya di dinding ‘langkau’ kami dan menyeret dari hujung ke hujung. Tiada siapa yang berani keluar pada masa itu. Kami hanya berpandangan antara satu sama lain. Tiba-tiba, 

“Taaaammmmmmmmm!!!!!!” 

     Lantai kayu kami dipukul dari bawah. Kami semua terkejut! Masalahnya, ‘langkau’ tersebut dibuat bertiang, tetapi ruang di antara lantai papan kami dengan tanah tidak sampai pun satu meter, macamana boleh ada sesuatu masuk ke bawah dan memukulnya sekuat hati hingga hampir tercabut papan tersebut? Kami mula panik. Langsung saling berpandangan (nasib tidak berpelukan). Tiang ‘langkau’ kami kemudiannya seperti digoncang dari luar. Kami semakin ketakutan. Orang tua yang sedang berbaring tadi, setelah mendengar bunyi lantai dipukul, turut terbangun. Pada masa itu beliau bersuara sambil menggosokkan mata, 

“Nama utai nya? (Apa benda tu)” kata beliau. 

     Kemudian beliau memerhatikan kami, dan saat itu juga beliau seolah-olah tahu apakah yang sedang terjadi. Kemudian beliau bingkas bangun dan mencapai parangnya seraya berkata, 

“Heeiiisshhh… Ngacau mai utai tok (kacau betul lah benda ni)”. 

    Beliau kemudian terus keluar dari ‘langkau’, kedengaran seperti beliau sedang membaca sesuatu dan terus meletakkan parang beliau ke atas tanah betul-betul di depan pintu. Kemudian, dengan selambanya beliau naik semula ke atas, dan menghidupkan api rokoknya. Serentak dengan perbuatannya sebentar tadi, gangguan tersebut terus hilang. Berhenti seolah-olah api yang disiram air. 

     Kami mulai tenang, dan kami berlima mula bertanya dengan beliau, apakah benda yang mengganggu kami. Beliau menjawab, itu adalah ‘hantu koklir’, atau ‘kulir’, yang memang suka mengganggu manusia. Mungkin hantu ‘kulir’ ini adalah Pontianak dalam versi Iban.








Monday, February 20

Pigi Maraka Kapara Potong!!!

Siapa kenal IPG Perempuan Melayu Melaka?? Dulu kan Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka Durian Daun.



Kalau tak silap, masa perang dunia ke -2, maktab ni ditutup. Mungkin la jepun guna time tu. Bayangkan maktab ni ditubuhkan tahun 1935 yang asalnya bangunan Hospital Melaka...Hospital beb, mungkin la angker sikit kan... Dah lebih 70 tahun la usia bangunan yg pernah jadi hospital tu.

Kawan aku belajar situ dulu. Ramai gak kawan2 dia kena... Kawan aku pon hampir kena, tapi maybe tubuh dia kuat..so x histeria la..tapi benda tu duk bertenggek kat kaki...so kaki jd berat n lenguh2...balik kg.(kelate) berubat ...alhamdulillah... dah kne sepak dah benda yg bertenggek tu....

Kata ustaz tu, tapak situ la yang tempat jepun kasi kapala potong..body2 mangsa yang kena penggal kepala tu tanam kat situ..jepun buat liang besar untuk tanam...

lepas je dgr ustaz tu bg tau mcm tu..aku teringat cerita Sargent Hassan... Ada dialog askar jepun yg gemuk tu (lakonan Omar Rojik)... dia kata  "ini orang kampung..mau pigi maraka kapara potong!!"-  (orang2 kg ni akan dibawa ke melaka, pancung kepala)

Saturday, February 18

Tu Bukan WARDEN!!!!!!

Benda ni terjadi masa tahun 97.. masa tu aku form 5 kat satu skolah asrama penuh kat Kota Bharu, Kelantan.. kalau orang sana mesti tau la kot.. peristiwa ni terjadi pada junior aku.. masa tu diorang form 2..

Malam tu seperti biasa setiap student form 2- form 3 diwajibkan untuk memasang kelambu.. diorang ni semua dok katil double decker.. so kalau malam dalam kul 10 lepas prep tu.. semua kelambu dah tergantung la.. 

Nak dijadikan cerita.. pada satu malam ni.. aku masih la belum tido.. tengah lepak2 ngan kawan2 and masih buat keje2 gila.. biasa la kan.. student dok asrama.. semua lelaki pulak tu.. so banyak la project kitorang.. tengah seronok2 berbual, melepak2, isap2 rokok ni, tiba2 kami terdengar bunyi bising kat dorm sebelah.. masa tu form 5 dok dorm hujung.. dipisahkan dengan toilet and bilik mandi baru la sampai dorm junior ni..

Kitrang yang senior ni ingat ada junior tak tido lagi, memang nak kene la.. huhuhuh (garang).. atau ada apa2 masalah la.. terus la kitorang cargas nak pg tengok.. apa dah jadi.. masa tu kan samseng.. hahahaa.. so bila kitorang sampai kat dorm diorang.. lampu dah terpasang.. seluruh dorm.. terang benderang.. and diorang dok berkumpul atas lantai dengan tilam yang diturunkan.. duduk keliling seorang budak form 2 yang tengah terbaring pucat.. and diorang semua duduk keliling tapi mengadap keluar.. ada yang pegang yassin.. ada yang baca yassin.. ada yang dok peluk lutut.. macam2 la.. tapi semua muka pucat lesi.. mula2 nak marah terus tak jadi..

Bila kitaorang tanya.. ape masalah?.. ape jadi?.. so ketua dorm tu cerita la.. masa tu dalam kul 3 pagi dah.. semua junior memang dah tido la di katil masing2.. dalam kelambu.. lampu dorm memang dah switch off.. cuma limpahan lampu koridor je yang menerangi sesetengah tempat.. tiba2 budak yang terbaring tengah2 tu terbangun sebab dia dengar pintu dorm terbukak.. dia pun pandang la arah pintu sebab katil dia berdepan dengan pintu.. masa tu dia nampak sesusuk tubuh seperti perempuan dekat pintu tu.. tak nampak sebab cahaya tak begitu terang lagipun dia pakai kelambu jenis kain yang tebal tu.. bukan jaring2 plastik tu.. 

Pastu dia buat tak tau la sebab dia fikir mungkin warden nak check.. sebab memang selalu warden akan check.. tapi dia tak terpikir la time tu, mana ada warden perempuan akan check malam2 buta.. sorang2 pulak tu.. ni kan sekolah lelaki.. mungkin sebab mamai jadi dia tak terpikir la sampai situ.. 

Dalam masa dia mamai2 tu.. dia nampak sesusuk lembaga tu jalan ke arah katil dia.. masa tu dia dah rasa lain macam tapi takde la sampai nak menjerit ke.. dia cuma dok relax.. pastu lembaga tu macam berdiri sebelah katil dia.. dia dok katil bawah.. lembaga tu macam cakap2 dengan member dia yang kat katil atas (slow2 je) .. so dia fikir ok la.. maybe warden sebab atas dia tu katil ketua dorm.. maybe warden nak bagi arahan ape2.. lepas 2-3 minit macamtu.. lembaga tu membongkok dan terus bukak pintu kelambu dia and masukkan kepala.. 

Muka dia buruk seburuknya.. and dia tanya "dik, kenapa orang atas taknak bangun" dia punya terkejut.. sampai tak boleh keluar suara.. dia terus berpusing sampai jatuh dari katil and kelambu dia terus koyak rabak.. dia kejut orang katil sebelah dengan muka pucat lesi.. lepas tu bila tengok balik perempuan tu dah takda.. so bila dah bising2 tu.. semua orang dikejutkan.. time tu la kitorang dengar bunyi bising2 sebab diorang sibuk tarik tilam turun atas lantai.. sebab tak ada siapa yang berani tido kat katil masing2 malam tu.. besoknya kami lak kene berjaga depan dorm diorang.. lesen besar beb.. warden bagi stay up.. sebab kisah tu dah kcoh satu skolah.. so warden suruh jaga junior.. budak yang kene sakat tu demam seminggu, balik kampung..



Mana Roommate Kau ???!!!

    Tak tahu pulak sama ada ianya benar atau tidak. Kisah ini diceritakan oleh seorang Guru Pelatih. Cerita ni berlaku di Kolej Lelaki. Ada sorang budak tinggal dengan roomatenya. Kehidupan mereka seperti biasa tanpa ada sebarang syak wasangka dan juga benda pelik berlaku. 

     Sehinggalah pada suatu hari apabila budak tersebut balik ke bilik. Semasa dia hendak tidur, dia minta roomatenya menutup suis lampu. Dengan selamba roomatenya menghulurkan tangannya yang memanjang macam Nang Nak dan terus menekan suis lampu. Bila melihatkan perkara ini, budak tu terus lari keluar dari bilik.

    Bila diceritakan kepada orang lain, mereka bergegas ke biliknya dan didapati dia hanya tinggal seorang tanpa roomate kerana katil dan almari sebelahnya kosong. Keesokannya bila dibuat pertanyaan di pejabat kolej kediaman, mereka dapati tiada nama yang disebutkannya tinggal dalam bilik tersebut malah nama tersebut tidak pernah wujud. 

    Rupanya sudah satu semester dia tinggal dengan hantu (jin). Lepas tu warden berpesan kalau boleh nanti bila balik ke bilik cuba check roomate betul-betul sama ada orang betul atau hantu. Setelah dicheck didapati peristiwa ini tak berulang lagi kerana kebanyakan roomate adalah benar-benar manusia.



Poor Jon

   I had a good friend die when I was 8. We’ll call him Jon. He died pretty tragically too. He was hit by a car literally right in front of my house when he was chasing down a ball that bounced into the road. 

     Fast forward 7 years. I’m babysitting my little sister and she is playing outside. I’m on the porch swing reading and she’s shooting hoops on a little tikes hoop. The ball bounces out into the road and I look up to see her yell, “Don’t go after that ball Jon!!” Freaked the shit out of me. She never even knew about Jon. I asked her who “Jon” was and she said that he would play with her sometimes outside.


Friday, February 17

Room L-008-A

  It was totally normal, but nothing particular has happened, until 2 weeks ago. I can start by telling you all that I moved from the first floor to the ground floor of the dormitory and I am currently in Room 007. The campus is 23-years-old, and is located practically in the middle of nowhere, along with some other houses by the beach.

    Anyway, the first thing that happened recently was that my friend  were playing online game. While he was playing games, suddenly he heard a hush sound coming from the window. He was wearing headphones by that time but he can hear the sound clearly. Outside of his window stood an old tree illuminated by the street lamp but nothing suspicious about that. The only thing that bothers him is that the empty room next to his room. It has been vacant since we attended this college. Nobody knows why the room is vacant and nobody dare to speak of it. Ok, back to the story. He told me what he heard, and we didn't feel frightened nor threatened by the entity, so we assumed it was a good spirit. We talked a bit about it and then he kept playing the games.

    The next day, one of my friend was sick and his roommate didn't want to bother him. So he decided to stay in that empty room. He climbed the window because the door was locked all the time. He stayed there for the day and even inviting some of his friends over. That was the only day Room 008 was alive and got some occupants. They stayed there for the day and that was it. The next day, the room was empty once again.

    A couple of nights later, I had gone to bed early (about 11 p.m) and I fell asleep almost immediately. A couple of hours later, I woke up by a pressure over my shoulders. At first I didn't really notice, but when the pressure didn't stop I opened my eyes, assuming it was one of the cats standing on me. But what met my eyes scared me to death. I was staring into a pair of bright white eyes, with small round pupils. I didn't see any details in the face, only the eyes. The rest was black, sort of shadowy. It had spiky hair, and some sort of robe or big sweater on. The pressure on my shoulder was the ghost, or whatever it was, holding me down. It looked like it was hovering over me, cause I thought I saw the legs straight out, almost touching my desk I have next to my bed. I started panting in panic and waving my arms, trying to make it let me go. It then turned it's entire body, rolling over to it's back on top of my legs. It kept it's head turned against me, and then it was gone. I flew up, sitting with my back to the headboard of the bed, breathing heavily and my heart was racing. My roommate didn't wake up until then, and asked me what was wrong. At first I couldn't speak, but then I managed to tell him. He didn't say much about it, he just fell back asleep . I didn't fall asleep again until a while later, when my heart had calmed down. Later that day, I've asked for an opinion on what was happening and all she said was this, " You're having Sleep Paralysis. Don't worry, it'll be fine." BUT I'M NOT FINE!!! I'M FUCKED!!!

  I'm pretty scared the thing will come back again. Do any of you out there know what this thing might be? Maybe the spirit want to make friend with the room next to it but now it is angry because someone trespassed and enter the room?


Tuesday, February 14

In The Shadow

     My house was built in 1990. It is a single family home, wood frame setting on a concrete block foundation. I have been living here for about 12 years. Of all the weird things that my siblings and me have seen or heard in this house this one event is my favorite. This happened to my brother. About ten years ago my brother and his best friends had started a garage band playing mostly “Rock Kapak,” rock music but in Malay. His friends could only get together on Sunday afternoons. They would practice into the early evening, and they would usually call it quits by 6 pm. This was the time I usually showed up and went to bed, cause I worked the mosque shift.
     This happened in late monsoon, so the days were getting shorter, they had just finished a long session when the decision to head to someone else house came about. My brother handed his car keys to his buddy so they could load up the equipment. Everyone had filed out of the basement, but the tricky part was that they needed to walk all the way to the back of the basement, up the back stairs, through the kitchen doorway, down the hall into the living room and out into the front porch. Everyone was outside sitting in my brother’s truck waiting for him. My brother was walking up the back stairs when he remembered that he had left his pancakes in a to go container sitting on a speaker in the basement. He made the decision to go back. Now the basement is not clean, with full sight lines, there had been partitions made, and the boiler and main heating unit are right smack in the middle. So after my brother walks back, he is about to retrieve his food container, when out of the corner of his eye he sees it.
     It is a shadowy figure, right at his peripheral vision, this feeling of dread and uneasiness washed over my brother. We had been taught that if you are in the presence of a spirit or ghost and you felt a bad vibe, to say quick prayer or to cuss at it. My brother chose the latter, he basically just told it “hey fuck you, I don’t have time for this shit”.
     My brother started to walk to the back of the basement and briskly up the stairs, closing doors and turning off lights as he was walking out. The last light switch is on the opposite side of the front door...luckily the door was open and the light from the street lamp was flooding the living room with its amber light. My brother said he felt something at his back, but at no point did he turn around. As he flicked the last switch the living room went dark, as did rest of the house. As he stepped out he pulled on the door closing it behind him, still holding his food container in one hand he jogged down the few porch steps. He walked towards the front gate...our house resides far from the main street, essentially having a large front yard but no rear garage. As he closed the gap between himself and his friend-laden truck he kind of smiled and thought things over in his head, mad at himself for spooking out when there was no reason.
     He climbed into the drivers side of the truck, putting on his seat belt and getting ready to pull out of the parking spot directly in front of the house, when one of his friends asked “ Hey wait what about your brother, isn’t he coming with us?” My brother answered, “What do you mean? He went to work early tonight, he is already gone, do you see his car anywhere?”
     The next question they asked “So then who was walking behind you when you were leaving the house? “


Monday, February 13

What In The Effing World Was That?

    One day while doing my laundry one of the lights blew out in our dorm laundry room. My room is set up so that the laundry room is downstairs. In order to get upstairs you have to exit the laundry room and go through the stairs.

    So the light blew in the other part, in the laundry room and at the ground level. As it was the only light on that side, it was pretty fucking dark. I finished the laundry I had to do while dreading the walk through the dark ground level. I exit the laundry room, get half way through the ground level, and I hear a loud cackle. Imagine a sound people make when they imitate a witch. Take that and imagine that the witch had been smoking for 50 years, making her voice deeper and hoarser. That is what I heard, clear as day, right behind me.

     I did not look hesitate to bolt for the stairs. I waited until warden come and then changed the bulb. I have yet to hear that cackle since, and I have not told a single person in the dormitory about it.