Saturday, March 18

Dah ingat ke dah tahu....????

Kisah ni berlaku pada sebuah IPG di kawasan pantai timur. Ceritanya macam ni:

Kat asrama pompuan, ada la sorang budak pompuan ni yang rajin study sampai memalam buta kat bilik aktiviti. Satu malam tu dia tak sedar yang dia dah tinggal sorang kat bilik tu. 

Dia pun study la dengan khusyuknya. Sampai satu part dia tak paham, dia nak tanya la kat 'member' dia yang kat sebelah tu. Dia tak sedar lagi benda tu bukan orang. Masa dia nak tanya tu matanya terpandang kat bawah meja budak ni, dia perasan 'member' tu takde kaki.

Lepas tu dia kata "Takpe la, dah ingat camna nak buat." Lebih kurang camtu la dia
cakap sambil berkira-kira nak blah secepat mungkin. Yang mencuakkan bila si 'member' tu pulak tiba-tiba tanya "Dah ingat ke dah tahu....????" Maksudnya dah tahu ke yang dia tu hantu. Budak ni terus lari balik bilik dia.

Bila dia cerita kat senior, ada yang cerita dulu ada sorang budak pompuan ni yang mati bunuh diri sebab tension belajar masa nak exam sem 8 dulu. Mungkin tu la hantu dia yang still study tak abih-abih. Lepas tu budak ni pun dah tak study sampai lewat malam lagi. Takoot siott! Korang caya tak? Kalau tak caya terpulanglah.




Sekadar Hiasan. Mungkin ada kaitan???

No comments:

Post a Comment