Monday, May 6

IPG MEMANGGIL!!!!


YELLOW!!!!!!!
                 Seronoknya sebab aq dapat pi interview kat IPG.....


Anda layak untuk menghadiri Temuduga Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(PISMP) Ambilan Jun 2013.
Berikut adalah maklumat temuduga tersebut.
| Maklumat Calon |
No. Kad Pengenalan
:
950208136003
Nama
:
ABDUL MUHAIMIN BIN ABDUL RAJAK
Program
:
S010E0000P - PENGAJARAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA KEDUA PENDIDIKAN RENDAH (SK)
Pusat Temuduga
:
YMA1201  
Bilik:B
Alamat
:
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG
JALAN KOLEJ
93200 KUALA LUMPUR SARAWAK
Tarikh
:
13-May-2013
Masa Ujian INSAK:08:30 AM
Masa Temuduga
:
10:45 AM

Jarak Ini Menjaga Aku dan Dia [PART 3 Final]


Bab akhir : Jarak ini menjaga aku dan dia
Kini aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku. Tetapi ‘JARAK’ ini untuk menjaga aku dan dia. Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk berubah menjadi yang lebih baik. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk memperbaiki cinta kepada Illahi.Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk mencintai Pencipta kami lebih dari segalanya. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk mendalami Islam hingga ke akar umbi. Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan lebih bersedia untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai.
Terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang kepadaku melalui jalan-Mu ini. Terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia.
“Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang”
(Ar-Ra’d 13:28 )
Aku sedar, aku insan yang masih rapuh. Kadangkala hatiku goyah melihat keadaan sekeliling yang menekanku. Jika tidak kerana JARAK ini,mungkin aku akan mencari pelbagai alasan untuk bersama dia. Iman ku akan goyah saat terpandang wajahnya. Hatiku akan bertambah rindu saat mendengar suaranya. Moga hidayah yang diberi ini akan terus membajai hatiku. Aku yakin semua ini rencana Mu Ya Allah. Moga di akhir JARAK ini, Kau memberi kesudahan yang baik untuk aku dan dia

Jarak Ini Menjaga Aku dan Dia [PART 2]


Bab 2 : Saat aku dan dia menjauh
Pernah satu ketika dulu, aku kecewa dengan keadaan ini. Aku rasa seperti tidak sempurna dengan ketidakhadiran dia disisi. Namun kini, aku mengerti mengapa dia makin menjauh dari aku. Aku hormat keputusannya kerana aku tahu semua ini dia lakukan demi kebaikan aku dan dia.Teringat aku bicaranya tentang kisah kami. Kami dipertemukan dalam keadaan yang aneh sekali. Dalam keadaan saling tidak mengenali, perasaan yang tidak disangka-sangka hadir dalam diri kami. Sehingga kini, aku masih tidak mengerti bagaimana perasaan itu hadir dan bercambah sehingga ke saat ini.
Oleh itu, aku megerti mungkin pertemuan yang aneh ini harus jua dilalui dengan jalan yang aneh. Biarlah ‘JARAK’ ini menjadi penjaga bagi aku dan dia. Biarlah ingatanku tentang dia yang makin samar-samar di dalam hatiku menjadi penguat hubungan aku dengan ya-Rabb. Aku yakin dengan rencana yang telah tertulis untukku. Aku yakin jika tertulis jodoh antara kami, sejauh mana aku dan dia berlari menjauh, kami akan dipertemukan jua di garisan takdir antara kami nanti.

Jarak Ini Menjaga Aku dan Dia [PART 1]


Semua insan dalam dunia ini pasti pernah merasai perasaan itu. Perasaan yang tidak asing lagi dalam jiwa kita sebagai manusia. Perasaan yang kadangkala hadirnya tanpa kita duga atau kita paksa.
Memang sudah menjadi fitrah kita sebagai manusia untuk merasai perasaan itu. Cuma mungkin bagaimana perasaan itu hadir dalam diri kita berbeza bagi setiap individu.
“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).”
[Ali 'Imran, 3:14]

Bab 1 : Dalam diam, perasaan itu hadir di hatiku
Seperti insan lain, aku jua merasai perasaan itu. Perasaan yang bukan baru semalam berputik, tetapi telah hampir 5 tahun aku pendam. Aku sering tertanya-tanya salahkah untuk aku mempunyai perasaan yang bukan aku reka atau cipta, perasaan yang hadirnya tak pernah aku paksa, perasaan yang tak berubah sedikit pun walau banyak dugaan menimpa. Namun dalam aku melangkah menyusuri perasaan itu, aku sering dilanda rasa khuatir. Aku khuatir andainya rasa cinta ini melebihi rasa cintaku pada-Nya. Aku khuatir andai rindu yang aku pendam melebihi rinduku pada-Nya. Diri ku dan dia diikat dengan satu ikatan di dalam hati. Ikatan yang tak perlu aku dan dia lafaz melalui bicara kata.
Cukuplah rasa ini aku pendam dan dia juga memendam rasa yang sama. Jasad aku dan dia beribu batu terpisah. Hati aku dan dia juga beribu batu menjauh. Kini, wajahnya pun mungkin telah menjadi samar-samar di ingatanku. Suaranya seperti ku ingat-ingat lupa di telingaku. Rinduku padanya yang tidak menentu telah menjadi rindu yang ada hala tuju.

Saturday, May 4

PRU Di Hari Sabtu...

YELLOW.......

               Selamat Berhari Sabtu.... Sempena dengan hari yang bersejarah ini, seorang YB telah melawat LUNDU.... Aq yang pi pasar susah nak bergerak ke satu tempat ke satu tempat diakibatkan ramainye makhluk tuhan berada di pasa sekian paginye sebab gian nak jumpe YB kononnye... Aq rasa nak amik RPG pastu aim kat orang ramai untuk clearkan jalan yang sesak... Hairan bebeno aq.... TYT pi pasa sayo itu hari takdak orang ramai pon... Nie YB yang datang.... BAPAK SESAK!!! PRU kononnya...... Bersempena dengan PRU kali nie aq nak mkenyuarakan pendapat aq yang Rakyat Sarawak nak tuka MB baru... Bak kata orang tua tua... LEJUK NANGGA MUKO NYA JAK EYH. DAH KEDAK SIKDO ORG LAIN DAH.NANG MUKO NYA JAK JAK....Terjak jak aq denga bnde nie..This is done and done topic... Kalu dalam bahasa lewahnya sejak dari aq lahir lagi dah denga perkara ni dibincangkan..... Lama to wooo.... All and all, apa parti pon menang malam hari Ahad nie satu je aq nak cakap..... ADE AQ KESAH... Aq belom cukop umo lagi nie....Tunggu aq 21 nanti baru aq kesah....




Badan kerbau banyak kutu,
Banyak lagi di badan Sapi,
PRU dah dekat dah tu,
Sesape yang layak tu pi la mengundi,

Friday, May 3

JPJ Test Minggu Depan

YELLOW.........

                 Aq minggu depan last class untuk driving.... Lepas tue datang jer hari RABU nanti EXAM!!!!!! Mampuih la aq kalu lagu nie... Ney ndak, lom sampey seminggu blaja alo test... Huggong pala kat dinding baru tau... Ade koi kesah! On the road pon aq masih ndak tak ndak jerr.... Kalu lulus pon aq akan jadi pelesit kota..... Selamat Exam untok aq...Break a leg...



Pergi pasar beli sawi,
Sawi di tumis bersama tauhu,
Exam memandu tak lama lagi,
Lulus ke tak aq tak tahu.

Ujian Minat Kerjaya (Uji Personaliti Dalam Memilih Program)

YELLOW.....

Meh singgah benta, kalo yang mana-mana nak kaji personaliti kome sendiri, nah link. Boleh cuba, mana tahu boleh membantu dalam memilih perkerjaan yang sesuai dengan kome ye.


- 16 Personalities

- Online IQ Test

- EQ Quiz

Interpersonal Skills Self-Assessment


Tangkap ikan tengah lautan,
Dapat seekor ikan tenggiri,
Personaliti diri penentu masa hadapan,
Kalo nak tau cubelah sendiri.




Thursday, May 2

LOVE SONGS....

YELLOW.......

            I like to announce that I'll be putting a music player in this blog...... So any suggestion of song should I add in please do leave a comment below...



Pak Amil Love to jog,
He jogged past a park everyday,
I want to add songs to this blog,
What song should I play?

(Pantun In English . Hope you enjoy!)

Perintis Pemandu Masa Hadapan..

YELLOW......
   
              Aq nie masih lagi blajo memandu... Bab driving nie aq ada sikit bengap.. Sikit-sikit bawak lelaju on the road walhal speed limit yang dah ditetapkan adalah 60km/j jerr... Aq ada penyakit GILA LAJU... Bawak kete lam trek je aq tak brann nak bawak laju sebab toleh kanan kiri, tengok instructor orang laen sume macam BAPAK SEGALE NAGA!!! BTW esok aq ade klas memandu di Smarahan.... Baru je balik dari Kuching tadie dah nak pegi Samarahan pulak esok..... Penat...Penat.... Tapi aq terpaksa menahan lapar dahaga bila ada kat sana sebab aq nie malas nak pi jenjalan kat Desa Ilmu tu.... Bukannye ada papa pon..Huggong palo kat dinding baru taww..Ntah pape ntah yang ade kat situ..All and all aq nak bagitaw yang aq tak lama lagi MELUNCUR dijalan raya...Hati-hati sekalian makhluk sebab aq GILA LAJU....



Bilah beliung tajam matanya,
Sudahlah tajam lagi diasah,
Hati-hati di jalan raya,
Kalau eksiden ADE AQ KESAH!!!

Dilema si Penanam Anggur

YELLOW........

                    Aq dah dapat reply dari KPTM dan tawarkan aq Diploma In Teaching English As A Second Language (TESL)... Ade gak geng aq dapat tawaran nie.... Tapi aq masih taktau nak amik yang mana satu... Lincoln offer Farmasi , Fisiologi dan Pengurusan Hotel.. Nottingham lak offer aq Foundation Of Arts And Education... Aspirasi Medik datang gak tapi aq tau aq tak mampu dan tak layak. Travex offer aq Diploma In Tourism..... Sains Kesihatan memang aq tolak tapi yang lain tu jenuh dok mikir mane satu nak di pilih.... Pilih bebetul sebab tu mase depan aq.... Aq taknak jadi penanam anggur sepenuh waktu..



Buah cempedak buah nangka,
Kedua buah memang bergetah,
Penat aq pilih nak join IPTA mana,
Nanti salah pilih aq gak yang susah.

Wednesday, May 1

Semakan Kemasukan Ke Tingkatan 6

Wokey suku sakat Charls Darwin sekalian..... Silalah semak samada anda layak untuk ke Tingkatan 6......... Untuk semakkan melalui sistem pesanan ringkas taip T6 [jarak] KP [jarak] NOKP hantar ke 15888

Contoh : T6 KP 951223125641 dan hantar ke 15888....

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH !!!! ^_^

http://apps.moe.gov.my/sst6/semakanrayuan2013/

Semakan Keputusan Temuduga Maktab Perguruan KPLSPM 2013

Calon boleh menyemak panggilan temuduga pada tarikh yang akan diumumkan secara rasmi menerusi Portal Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Anda boleh menyemak dengan klik pada pautan http://apps.moe.gov.my/smg/02/020002/kplspm2013/login.cfm.

Tarikh Penting KPLSPM 2013

Kalendar aktiviti bagi permohonan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) Ambilan Jun 2013 adalah seperti berikut dan tertakluk kepada perubahan semasa.

Kemaskini Terkini: 1 Mei 2013

Informasi terkini dari Portal Rasmi KPM :-

Adalah dimaklumkan semakan Keputusan Panggilan Temu Duga Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP) ditangguhkan kepada 25hb April 2013 (Khamis)

Semak keputusan kemasuakan ke matrikulasi anda (SPM12)

Bahagian Matrikulasi akan mengumumkan keputusan calon yang berjaya pada 25 April

Hanya pelajar SPM 2012 yang telah membuat permohonan sebelum tarikh tutup pada 10 Oktober 2012 boleh menyemak keputusan. 

Sehubungan itu bagi calon yang berjaya dan ditawarkan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2013/2014, calon dikehendaki mencetak sendiri perkara berikut untuk dibawa bersamasemasa mendaftar di kolej:

-Surat tawaran
-Panduan pendaftaran
-Dokumen peribadi pelajar
-Borang perjanjian pelajar (dua salinan)

Tarikh pendaftaran
-Kolej Matrikulasi Labuan – 19 Mei 2013
-Kolej Matrikulasi Sarawak – 26 Mei 2013
-Kolej-kolej matrikulasi seluruh semenanjung -27 Mei 2013

Bagi calon yang tidak berjaya, rayuan boleh terus dibuat melalui internet mulai 25 April 2013 hingga 9 Mei 2013

Rayuan yang dibuat selepas tarikh tutup (9 Mei 2013) tidak akan dipertimbangkan
Talian bantuan Bahagian Matrikulasi 03-8884 4036/4040/4100/4083 boleh dihubungi dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang (hari bekerja sahaja)

Menurut pemberitahuan dari Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia,aplikasi Semakan Tawaran ke Kolej Matrikulasi akan dibuka pada 25 April 2013 mulai jam 4.00 petang

Untuk membuat semakan,layari atau klik pada pautan (link)http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/tawaran

I'm Back....

YELLOW..Lama dah aq tinggalkan blog nie.... Tapi atas sebab tertentu aq balik lagi ke blog nie... Update skang nie aq dah lepas SPM dan keputusan sume dah tau (tanam anggur kat rumah sementara tunggu nak masok U bulan 7 nie)... Aq dapat 5A 1B 1C 1D 1E... Walaupon result aq takder le nak grand sangat tapi melambak tawaran U yang masok.. Besyukur aq sebab ada kawan aq yg result lagi banyak A dari aq tapi belom ada tawaran datang lagi...Alhamdulillah rezeki aq kali nie... Mulai hari nie, blog nie akan aq up-to-datekan selalu...

Jalan-jalan tepi perigi,
Tepi perigi menguntum bunga,
Kembali kita ke blog nie lagi,
Harap menghibur pengunjung semua.