Yop Pekabo?? Selamat kembali ke sekolah teman nak ucapkan kepada semua yang masih bersekolah. Kat sekolah tu blajo jerr. Jangan nak jadi gengster. Dapatkan result yang bagus. Kalo kat sekolah korang main main, nanti tak dapat masuk U.. Rugi arr kalo kawan korang masuk U, tapi korang dok melopong dalam rumah macam beruk.. Jadi pada kesempatan ini saya ingin ucapkan tahniah kepada semua kengkawan teman tak kira dimana mereka berada. Ada yang kat Sabah. Ada yang kat Sarawak. Dan ada yang bersepahan di serata tanah semenanjung. Sebab ada yang dah dapat result. Hohohoho... Selamat juga kat student IPG yang akan kembali ke maktab kesayangan korang.. Dan juga tak lupa kat korang yang kat IPT lain yang baru nak cuti sebab dok exam bulan dobelas nie tadi. Yang sambut hari jadi lepas ni SELAMAT HARI JADI... Yang nak kahwin selepas ni SELAMAT PENGANTIN BARU.. Yang nak beranak SELAMAT MENDAPAT ANAK BARU.. Yang nak nak mampos sebab doplohpat jam merempit je khojenye kat jalanraya tu SELAMAT KE RAHMATTULLAH... Pendek kata, semua selamat la yang teman nak ucap sekarang ni.
Anak raja segak bergaya,
Pakai hiasan indah sekali,
Selamat saya ucapkan kepada semua,
Agar panjang umur murah rezeki.