Wednesday, May 1

Semak keputusan kemasuakan ke matrikulasi anda (SPM12)

Bahagian Matrikulasi akan mengumumkan keputusan calon yang berjaya pada 25 April

Hanya pelajar SPM 2012 yang telah membuat permohonan sebelum tarikh tutup pada 10 Oktober 2012 boleh menyemak keputusan. 

Sehubungan itu bagi calon yang berjaya dan ditawarkan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2013/2014, calon dikehendaki mencetak sendiri perkara berikut untuk dibawa bersamasemasa mendaftar di kolej:

-Surat tawaran
-Panduan pendaftaran
-Dokumen peribadi pelajar
-Borang perjanjian pelajar (dua salinan)

Tarikh pendaftaran
-Kolej Matrikulasi Labuan – 19 Mei 2013
-Kolej Matrikulasi Sarawak – 26 Mei 2013
-Kolej-kolej matrikulasi seluruh semenanjung -27 Mei 2013

Bagi calon yang tidak berjaya, rayuan boleh terus dibuat melalui internet mulai 25 April 2013 hingga 9 Mei 2013

Rayuan yang dibuat selepas tarikh tutup (9 Mei 2013) tidak akan dipertimbangkan
Talian bantuan Bahagian Matrikulasi 03-8884 4036/4040/4100/4083 boleh dihubungi dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang (hari bekerja sahaja)

Menurut pemberitahuan dari Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia,aplikasi Semakan Tawaran ke Kolej Matrikulasi akan dibuka pada 25 April 2013 mulai jam 4.00 petang

Untuk membuat semakan,layari atau klik pada pautan (link)http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/tawaran

No comments:

Post a Comment